Mini TV : Bala yang turun di atas bumbung .
Monday, 30 July 2012
Wednesday, 11 July 2012
Wanita dan perangkap ?
Wanita , Wanita , Wanita
Wanita solehah menjadi mutiara yang indah
Manakala
Wanita durhaka menjadi perangkap top class
( x de idea nk sajjok )
Telah tertulis sebuah hadith dalam sebuah kitab yang pernah saya baca .
Hadith ini agak panjang dan menarik perhatian saya .
Hadith ini diriwayatkan oleh Anas b. Malik dan menceritakan tentang pertanyaan Iblis kepada Allah s.b.t
Satu daripada pertanyaan tersebut ialah (maksudnya)
Kata Iblis : '' Ya tuhanku , engkau telah memberikan kepada anak-anak adam itu perangkap - perangkap .
Apakah perangkap bagiku.''
Firman Allah s.b.t : '' Wahai iblis , perangkap untuk mu ialah wanita - wanita .
Maksud perangkap -
Mengikut kamus dewan edisi ke - 4
Mengikut kamus pelajar
Tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang perangkap dgn menuturkan kata-kata yg manis.
Konklusinya
Perangkap boleh dikatakan sesuatu yang kelihatan seperti boleh mendatangkan kebaikan atau memenuhi kehendak tetapi sebenarnya mendatangkan kemudharatan .
Manusia telah dikurniakan begitu banyak perangkap untuk kegunaan mereka . Sebagai contoh , untuk memburu haiwan .
Jadi Iblis telah menggunakan wanita untuk menyesatkan manusia lain .
Sebagai contoh , syaitan menghasut wanita untuk memakai pakaian yang tidak menutup aurat . Ini boleh menyebabkan orang lelaki (marri rang) naik syahwat .
Sebagai contoh , syaitan menghasut wanita untuk memakai pakaian yang tidak menutup aurat . Ini boleh menyebabkan orang lelaki (marri rang) naik syahwat .
Syaitan juga menghias aurat - aurat wanita ini untuk membuatkannya lebih menarik perhatian lelaki .
Renung - renungkanlah wahai kaum sekalian . Sanggupkah kalian menjadi alat ? Lebih - lebih lagi alat syaitan ?
Senang sahaja kaum wanita menjadi agen agen syaitan tanpa mereka sedari .
Bukan niat saya untuk menyalahkan wanita . Tak.....
Sekadar peringatan. ......
Sunday, 8 July 2012
Berbakti kepada ibu - bapa . Apa sudah jadi ?
Marcapada , ramai para remaja yang hanyut dibawa ombak lautan nafsu yang dahagakan dunia .
Apabila nafsu berjaya mengatasi akal maka lemaslah insan pelupa yang tertipu dengan keindahan dunia .
Terlihat ajnabi yang dihias syaitan untuk menarik hati yang lemah ini , sudahpun terikat dengannya bagaikan
bayang-bayang yang mengejar .
Timbullah masalah zina yang diikuti pembuangan bayi tak bersalah , tak berdosa .
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". [ (Qs. Al-Ahqaaf : 15) ]
Ibu menduduki tempat ke -3 manakala Ayah menduduki tempat ke - 4 dalam senarai siapa yang paling kita patut berbakti kepadanya..
Rasulullah s.a.w telah mengunlangi ibu sebanyak 3 kali .
Ini bermaksud kecintaan dan kasih sayang kepada ibu mesti dilipat gandakan sebanyak 3 kali berbanding dengan Ayah .
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” (HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)
Kenapa ?
Tidakkah kita lihat betapa banyaknya pengorbanan ibu terhadap kita ?
Mengandungkan kita , Melahirkan kita , Menyusukan kita dan banyak lagi . Sekiranya ana cuba untuk
tulis semuanya nescaya tidak akan muat .
Ramai remaja yang berkata '' Mak ! Mak , tidak faham perasaan saya ! ''
Inilah ayat yang sering digunakan oleh anak - anak atau para remaja khususnya apabila kehendak
kehendak mereka tidak dituruti .
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka menyayangi BOYFRIEND @ GIRLFRIEND lebih daripada ibu dan bapa mereka .
Ketika inilah ayat '' Mak ! Mak , tidak faham perasaan saya ! '' sering digunakan .
mati dan hidup untuk melahirkan mereka dan menjaga serta mendidik mereka sejak mereka lahir ?
Adakah mereka faham perasaan Ayah yang memerah keringat , bermandi peluh semata - mata untuk
memberi nafkah kepada keluarga dan membesar anaknya yang dicintai ?
Insan bergelar ibu dan bapa ini telah mengorbankan masa, tenaga dan wang semata - mata untuk anak mereka sedangkan mereka boleh menggunakkannya untuk kebaikan diri mereka .
MasyaAllah ! Adakah wajar bagi remaja untuk menderhakai ibu bapa yang telah menjaga mereka berpuluh tahun untuk boyfriend @ girlfriend yang telah bersama cuma untuk 1 bulan ? 1 tahun ? 10 tahun ? .
Untuk boyfriend @ girlfriend yang hanya tahu cakap dan hantar mesej yang penuh dengan janji manis , kata kata jiwang yang menyelimuti kebathilan dan kejahatan ?
Fikir - fikirkanlah wahai saudara seagamaku sekalian .
Masa untuk kita berubah . Bunga ros dan Kumbang masih banyak lagi dan belum termasuk dalam endangered species namun ibu dan bapa kandung itu hanya ada dua sahaja dalam dunia ini .
Anas b. Malik telah berkata bahawa beliau telah bertanya rasulullah s.a.w 8 soalan sebagaimana berikut.
Salah satu soalan berikut ialah -
"Ya Rasulullah SAW, yang manakah lebih engkau sukai dari berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?"
Sabda Rasulullah SAW:" Ya Anas, telah tiba hak dan musnah semua yang bathil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah, oleh itu berbakti kepada ibu bapa itu lebih aku suka daripada ibadat 2 juta tahun."
[ Sumber : Kitab Himpunan Kisah - Kisah Teladan Jilid 1 , Syarikat NurulHas ]
Saturday, 7 July 2012
8 Cara bertaubat
Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda '' Apabila seseorang mukmin itu
bertaubat maka Allah akan mencatatkan baginya pada hari-hari yang telah berlalu dalam kefasikan dengan ibadah setahun . Dan Allah S.W.T akan memberikan kepadanya pahala orang mati syahid di medan pertempuran , dan dia akan dipakaiakan 1000 mahkota pada hari kiamat. Dibukakan baginya di dalam kubur sebuah pintu ke syurga dan pada hari kiamat nanti malaikat malaikat yang berdiri di kiri , di kanan , dihadapan dan di belakang akan memberikan berita gembira tentang syurga.
Untuk bertaubat ada 8 cara : -
1 - Menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
2 - Menunaikan semua fardhu dan kewajipan
3 - Mengembalikan hak milik orang lain
4 - Minta supaya musuhnya itu menghalalkan apa yang telah dia lakukan terhadapnya
5 - Berniat tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang mendatangkan dosa
6 - Mendidik atau melatihkan diri untuk taat kepada Allah
7 - Memberikan rasa kepada diri akan pahitnya bertaat sebagaimana engkau telah memberikan rasa kepada
durhaka akan manisnya perbuatan durhaka .
8 - Makan dan minum dari benda-benda yang datang dari cara yang halal
Mari kita sama-sama beramal , InsyaAllah - Peter Black
Rujukan : Himpunan Kisah - Kisah Teladan Jilid 1 , SYARIKAT NURULHAS
bertaubat maka Allah akan mencatatkan baginya pada hari-hari yang telah berlalu dalam kefasikan dengan ibadah setahun . Dan Allah S.W.T akan memberikan kepadanya pahala orang mati syahid di medan pertempuran , dan dia akan dipakaiakan 1000 mahkota pada hari kiamat. Dibukakan baginya di dalam kubur sebuah pintu ke syurga dan pada hari kiamat nanti malaikat malaikat yang berdiri di kiri , di kanan , dihadapan dan di belakang akan memberikan berita gembira tentang syurga.
Untuk bertaubat ada 8 cara : -
1 - Menyesal terhadap dosa yang telah dilakukan
2 - Menunaikan semua fardhu dan kewajipan
3 - Mengembalikan hak milik orang lain
4 - Minta supaya musuhnya itu menghalalkan apa yang telah dia lakukan terhadapnya
5 - Berniat tidak akan mengulangi lagi perkara-perkara yang mendatangkan dosa
6 - Mendidik atau melatihkan diri untuk taat kepada Allah
7 - Memberikan rasa kepada diri akan pahitnya bertaat sebagaimana engkau telah memberikan rasa kepada
durhaka akan manisnya perbuatan durhaka .
8 - Makan dan minum dari benda-benda yang datang dari cara yang halal
Mari kita sama-sama beramal , InsyaAllah - Peter Black
Rujukan : Himpunan Kisah - Kisah Teladan Jilid 1 , SYARIKAT NURULHAS
Subscribe to:
Comments (Atom)

